by

Usul Al-Kafi : Keperluan Kepada Al-Hujjah (al-Idhtirar ila al-Hujjah)

“aku dapati al-Qur’an tidak menjadi Hujjah kecuali dengan wujud penjaganya..”
Abu Ja’far Muhammad bin Ya’qub al-Kulaini pengarang kitab ini-rahimahu llahu- telah berkata:
(1)-1. Ali bin Ibrahim telah meriwayatkan kepada kami, daripada bapanya, daripada al-‘Abbas bin Umar al-Fuqimiy daripada al-Hisyam bin al-Hakam, daripada Abu Abdillah a.s bahawa sesungguhnya beliau a.s telah berkata kepada seorang zindiq yang telah bertanya kepadanya: Bagaimanakah anda buktikan para nabi dan para rasul? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya manakala kami membuktikan bahawa bagi kami Pencipta Yang Maha Bijaksana yang mana makhluk-Nya tidak dapat menyaksikanNya dan menyentuhiNya, justeru Dia menghubungi mereka atau mereka menghubungiNya, lalu Dia berhujah dengan mereka dan mereka pula berhujah dengan-Nya, maka terbuktilah bahawa bagiNya duta-duta (sufara’) pada makhluk-Nya bagi menerangkan tujuan-Nya kepada makhluk-Nya dan hamba-hamba-Nya.
Menunjukkan kebaikan dan manfaat kepada mereka serta menjaga kewujudan mereka kerana jika al-Hujjah ditinggalkan, maka ia akan membinasakan mereka. Justeru, mereka yang menyuruh (al-Amirun) dan melarang (al-Nahun) adalah daripada Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui tentang makhluk-Nya. Dan mereka yang bercakap tentangNya adalah para nabi a.s dan mereka yang terpilih di kalangan makhluk-Nya. Mereka adalah bijak diutus untuk mendidik umat dengan hikmah tanpa bersyarikat dengan mereka dari segi penciptaan dan bentuk-meskipun mereka pada zahirnya adalah sama. Mereka disokong oleh Yang Maha Bijaksana lagi Mengetahui dengan hikmah. Kemudian dalil-dalil dan bukti-bukti yang dibawa oleh para nabi dan para rasul a.s di setiap era dan zaman membuktikan bahawa bumi Allah tidak sunyi daripada (seorang) Hujjah yang mana bersamanya petanda yang menunjukkan kepada kebenaran kata-katanya dan ketepatan keadilannya.
(2)-2. Muhammad bin Ismail, daripada al-Fadhl bin Syazan, daripada Safwan bin Yahya, daripada Mansur Ibn Hazim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s bahawa sesungguhynya Allah adalah lebih dihormati dan lebih mulia dari memperkenalkan diri-Nya kepada makhluk-Nya, malah makhluk-Nya mengenaliNya, beliau a.s telah berkata: Apa yang anda telah katakan itu adalah benar. Maka aku telah berkata: Sesiapa yang telah mengetahui bahawa baginya Tuhan, maka sayugia baginya mengetahui bahawa Allah mempunyai keredaan dan kemurkaan. Sesungguhnya beliau tidak mengetahui keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya melainkan dengan wahyu atau rasul.
Sesiapa yang tidak didatangi wahyu, maka beliau harus mendapatkan para rasul dan apabila beliau bertemu dengan mereka, maka beliau mengetahui bahawa mereka adalah al-Hujjah dan mereka pula wajib ditaati. Aku telah berkata kepada orang ramai: Adakah kamu mengetahui bahawa Rasullah s.a.w adalah seorang Hujjah daripada Allah ke atas makhluk-Nya? Mereka telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mati, maka siapakah Hujjah ke atas makhluk-Nya? Mereka telah berkata: Al-Qur’an, lalu aku telah melihat kepada al-Qur’an, maka aku dapati Murjiah, Qadariyah dan Zindiq menggunakan hujah daripada al-Qur’an meskipun mereka tidak mempercayainya. Lantaran itu, aku dapati al-Qur’an tidak menjadi Hujjah kecuali dengan wujud penjaganya. Justeru, apa yang dikatakannya itu adalah benar.
Aku telah berkata kepada mereka: Siapakah penjaga al-Qur’an? Mereka telah berkata: Ibn Mas’ud telah mengetahuinya, ‘Umar telah mengetahuinya dan Huzaifah telah mengetahuinya, aku telah berkata: Semuanya? Mereka telah berkata: Tidak, maka aku tidak mendapati seorangpun yang berkata bahawa beliau mengetahui semuanya kecuali Ali a.s. Apabila persoalan mengenai al-Qur’an timbul di kalangan orang ramai, Ibn Mas’ud telah berkata: Aku tidak mengetahuinya. Sementara seorang lain (‘Umar) telah berkata: Aku tidak mengetahuinya dan seorang lagi (Huzaifah) telah berkata: Aku tidak mengetahuinya. Dan lelaki ini (Ali a.s) telah berkata: Aku mengetahuinya. Lantaran itu, aku naik saksi bahawa Ali a.s adalah penjaga al-Qur’an. Dan Ketaatan kepadanya adalah difardukan (kanat ta’atu-hu muftaradhatan) justeru beliau adalah Hujjah ke atas manusia selepas Rasulullah s.a.w. Dan apa yang dikatakan olehnya tentang al-Qur’an adalah benar. Imam Ja’far a.s telah berkata: Semoga Allah merahmati anda.
(3)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Ibrahim, daripada Yunus bin Ya’qub berkata: Di sisi Abu Abdillah a.s sekumpulan para sahabatnya antaranya Humraan bin A’yan, Muhammad bin Nu’man, Hisyam bin Abu Salim, al-Tayyar dan satu kumpulan yang terdiri daripada Hisyam bin al-Hakam; seorang remaja pada masa itu, maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Hisyam, apakah yang anda telah buat kepada ‘Umru bin ‘Ubaid dan bagimana anda telah bertanya kepadanya?
Hisyam telah berkata: Wahai anak Rasulullah, sesungguhnya aku memuliakan anda dan menjadi malu kepada anda, lidahku tidak berfungsi di hadapan anda, maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila aku memerintahkan kamu melakukan sesuatu, maka lakukanlah. Hisyam telah berkata: Aku telah diberitahu bahawa ‘Umru bin ‘Ubaid telah berada di masjid Basrah (mengajar), maka ia mencemaskan aku. Kemudian aku telah pergi ke Basrah pada hari Jumaat. Aku telah memasuki masjid Basrah, maka aku telah mendapati orang ramai mengelilingi ‘Umru bin ‘Ubaid yang memakai kain bulu berwarna hitam yang membaluti pinggangnya dan satu kain di atas bahunya.
Orang ramai telah bertanya kepadanya, aku telah meminta orang ramai di sekelilingnya memberi laluan kepadaku, lantas mereka melakukanya untukku. Lalu akupun duduk di atas lututku di belakang mereka. Aku telah berkata: Wahai orang alim, aku adalah orang asing di sini, adakah anda izin kepadaku untuk bertanya? Beliau telah berkata kepadaku: Ya, aku telah berkata kepadanya: Adakah anda mempunyai mata? Maka beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, apakah soalan semacam ini? Bagaimana anda telah bertanya soalan yang anda dapat melihatnya dengan jelas? Aku telah berkata: Tetapi ini adalah soalanku.
Beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, tanyalah sekalipun soalan anda itu bodoh. Aku telah berkata: Jawablah soalanku, beliau telah berkata: Tanyalah. Aku telah berkata: Adakah anda mempunyai mata? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apakah anda buat dengannya? Beliau telah berkata: Aku menlihat dengannya, aku telah berkata: Adakah anda mempunyai mulut? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apakah anda buat dengannya?
Beliau telah berkata: Aku merasai makanan dengannya. Aku telah berkata: Adakah anda mepunyai telinga? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apakah anda buat dengannya? Beliau telah berkata: Aku mendengar suara dengannya. Aku telah berkata: Adakah anda mempunyai hati (al-Qalb)? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apakah anda buat dengannya? Beliau telah berkata: Aku membezakan dengannya apa yang datang daripada anggota-anggota dan perasaan, aku telah berkata: Adakah anggota-anggota ini tidak memerlukan hati? Beliau telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Bagaimana itu boleh terjadi sekiranya ia sihat dan sejahtera?
Beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, anggota-anggota badan apabila ia syak tentang sesuatu, maka ia mengidunya, melihatnya atau merasainya dan mendengarnya, kemudian ia mengembalikanya kepada hati, lalu ia mengembalikan keyakinan dan menghilangkan syak. Hisyam telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Tidakkah Allah menjadikan hati untuk menghilangkan syak anggota-anggota? Beliau telah berkata: Ya, maka aku telah berkata kepadanya: Wahai Abu Marwan, sesungguhnya Allah tidak meninggalkan anggota-anggota badan anda sehingga Dia menjadikan untuknya imam (imaman) bagi mengesahkan kebenaran dan menyakinkan apa yang disyakinya.
Dia tidak meninggalkan semua makhluk di dalam kebingungan, syak dan perselisihan tanpa melantik imam untuk mereka yang membolehkan mereka menjelaskan kebingungan dan syak mereka kepadanya sebagaimana Dia telah menjadikan untuk anda [seorang] imam bagi anggota-anggota anda. Segala kebingunan dan syak anda dirujukkan kepadanya?! Beliau telah berkata: ‘Umru bin ‘Ubaid telah terdiam tanpa berkata apa-apa kepadaku.
Kemudian beliau telah berpaling kepadaku sambil berkata kepadaku: Anda Hisyam bin al-Hakam? Aku telah berkata: Tidak, beliau telah berkata: Adakah anda di kalangan sahabatnya? Aku telah menjawab: Tidak, beliau telah berkata: Dari manakah anda datang? Aku telah berkata: Aku daripada ahli Kufah. Beliau telah berkata: Jika begitu, maka anda adalah beliau, kemudian beliau telah memelukku dan menjemput aku duduk bersamanya. Dan beliau terus berdiam diri sehingga aku pergi dari majlis itu. Perawi telah berkata: Abu Abdillah a.s telah tersenyum sambil berkata: Wahai Hisyam, siapakah yang telah mengajar anda semua ini? Aku telah berkata: Suatu yang aku telah mengambilnya daripada anda dan aku menyusunnya sendiri, maka beliau a.s telah berkata: Ini adalah tertulis di dalam mashaf Ibrahim dan Musa.
bersambung..
 
Sumber : USUL AL-KAFI (KITABUL HUJJAH) karangan Thiqat al-Islam Abu Ja’far Muhammad bin Ya’qub al-Kulaini

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed