by

FIKIH PUASA dalam Mazhab Ja'fari dan Imam Mazhab Empat

Fasal Keempat mengenai puasa (al-Saum) dan ianya mengandungi 18 masalah:
1. Ja`fari: Apabila keluar di celah gigi”nya” sesuatu yang dapat dielakkan daripadanya atau dapat dibuangkannya, tetapi dia menelankannya dengan sengaja, maka wajiblah ke atasnya Qada’ dan kaffarah (penebus dosa).
Abu Hanifah: Tidak wajib Qada’ ke atasnya.9 Oleh itu ianya menyalahi nas yang menunjukkan wajibnya Qada’ dan Kaffarah kerana memakan sesuatu sebagaimana firmanNya Surah al-Baqarah 2:187 “dan makan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dan benang yang hitam”. Dan ini adalah sebahagian dari padanya.
2. Ja`fari: Debu banyak yang terdiri dari gandum, kotoran dan seumpama kedua-duanya apabila sampai ke halkum, maka hukumnya wajib Qada’ dan Kaffarah.
Para imam mazhab empat: Tidak wajib Qada’.9 Lantaran itu mereka telah menyalahi nas yang menunjukkan wajib Kaffarah dengan berbuka puasa.9
3. Ja`fari: Apabila seorang itu syak sama ada telah masuk fajar ataupun tidak, lalu dia makan di dalam keadaan syak, tidak wajib ke atasnya Qada’.
Malik: Wajib ke atasnya Qada’.9 Oleh itu ianya menyalahi firmanNya Surah al-Baqarah 2:187 “Dan makan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dan benang yang hitam daripada fajar”. Dan ini tidaklah terang.
4. Ja`fari: Kaffarah tidak menjatuhkan Qada’.
Syafi`i : Ianya menjatuhkan Qada’.9 Allah telah mewajibkannya meskipun berserta keuzuran yang harus. Dan apatah lagi berserta sebab yang fasid.
5. Ja`fari: Sesiapa yang makan atau minum di dalam keadaan terlupa, tidak membatalkan puasa.
Malik : Ia membatalkan puasa dan wajib ke atasnya Qada’.9 Lantaran itu ianya menyalahi sabda Nabi s.`a.w.: “Diangkat dari ummatku kesalahan (yang tidak sengaja), terlupa dan apa yang dipaksakan ke atas mereka”.9 dan sabda Nabi s.`a.w. “Sesiapa yang berpuasa kemudian terlupa lalu dia makan dan minum, maka hendaklah dia meneruskan puasanya tanpa Qada’ ke atasnya. Dan Allah memberikannya makan dan minumnya”.9
6. Ja`fari : Apabila seseorang itu melakukan persetubuhan pada setiap hari Ramadan, maka wajib ke atasnya setiap hari satu kaffarah sama ada ia melakukan kaffarah itu pada hari yang terdahulu ataupun tidak.
Abu Hanifah : Tidak wajib melainkan satu kaffarah sahaja, sekalipun dia melakukan persetubuhan pada sepanjang sebulan Ramadan.9 Oleh itu ianya menyalahi akal dan nas.
Ianya menyalahi akal kerana hari yang terdahulu dan selepasnya adalah sama tentang wajibnya puasa pada kedua-dua hari tersebut. Serta pengharaman persetubuhan pada hari-hari tersebut dan menghormati hari-hari tersebut pada segenap segi. Lantaran itu apakah perbezaan di antara kedua pada mewajibkan kaffarah. Dan apakah alasan tidak wajibnya kaffarah pada hari yang terdahulu sedangkan ianya lebih wajar untuk peningkatan balasan dan mengenakan balasan apabila mengulangi perbuatan yang sama kerana pencabulan kehormatan puasa?
Dan ianya juga menyalahi umum sabda Nabi s.`a.w. “Sesiapa yang melakukan persetubuhan pada hari Ramadan, maka wajiblah ke atasnya membayar kaffarah”.
7. Ja`fari: Makan dan minum pada siang bulan Ramadan bagi mereka yang wajib berpuasa secara sengaja wajib Qada’ dan Kaffarah.
Syafi`i: Tidak wajib Kaffarah.9 Oleh itu ianya menyalahi akal dan nas. Ianya menyalahi akal kerana melakukan puasa berserta jimak adalah lebih sukar dari melakukannya berserta makan minum dan bersedap-sedapan. Lantaran itu mewajibkan kaffarah disebabkan puasa dan jimak adalah lebih wajar kerana semuanya membatalkan puasa dan mencabuli puasa serta menafikannya. Oleh itu apakah perbezaan di antara kedua-duanya.
Ianya menyalahi sabda Nabi s.`a.w. yang memerintahkan orang yang berbuka puasa dengan sengaja pada hari Ramadan dengan memerdekakan hamba, berpuasa atau memberi makanan9 tanpa persoalan yang terperinci.
8. Ja`fari : Apabila seorang itu bernazar untuk berpuasa pada hari yang ditetapkan, maka wajiblah ke atasnya berpuasa pada hari tersebut.
Abu Hanifah : Harus.9 Lantaran itu ianya menyalahi akal dan nas. Ianya menyalahi akal kerana dhimmahnya (dirinya) terikat dengan nazarnya. Oleh itu dia tidak dapat keluar dari nazar tersebut melainkan dengan mengerjakannya. Dan ianya menyalahi nas-nas yang menunjukkan wajib melaksanakan nazar.9 Dan tidak diperakui seorang itu telah mendahului puasanya melainkan dia telah melakukan nazarnya.
9. Ja`fari: Apabila seorang itu melihat anak bulan Syawwal, maka wajib ke atasnya berbuka puasa.
Malik dan Ahmad: Tidak harus ke atasnya berbuka.9 Oleh itu kedua-duanya menyalahi nas-nas yang menunjukkan haram berpuasa pada hari Raya. Kerana hari Raya (`aid) dikira dengan penglihatan anak bulan sebagaimana sabda Nabi s.`a.w. “Kalian berpuasalah apabila melihat anak bulan dan berbukalah puasa apabila melihatnya”.9
Tetapi apa yang anehnya ialah wajib berbuka puasa menurut mereka berdua, apabila sabit penglihatan anak bulan di sisi hakim yang fasiq dengan penyaksian dua saksi yang diketahui oleh hakim tentang kefasikan mereka berdua. Sebaliknya saksi-saksi tersebut diharamkan berbuka puasa malah wajib mereka berpuasa sekalipun mereka melihat anak bulan tersebut dengan jelas tanpa kebenaran “hakim” tersebut.
10. Ja`fari: Apabila seorang itu melakukan persetubuhan pada siang hari di mana dia seorang sahaja melihatnya (anak bulan) pada malamnya, maka wajib kaffarah ke atasnya.
Abu Hanifah: Tidak wajib.9 Oleh itu ianya menyalahi nas-nas yang menunjukkan wajibnya kaffarah dengan membuka puasa pada siang Ramadan. Kerana berpuasa pada bulan Ramadan adalah perkara yang wajib ke atasnya. Pendapat ini dipegang oleh Malik dan Ahmad dengan mengutamakan hukum dari orang yang fasiq dengan penyaksian dua orang fasiq menurut citarasanya.
11. Ja`fari: Jika seseorang itu bernazar berpuasa pada dua hari Raya, maka nazarnya tidak terlaksana dan tidak wajib keatasnya mengqadanya.
Abu Hanifah: Ianya terlaksana sekiranya dia berpuasa. Jika tidak, dia harus mengqadanya.9 Oleh itu ianya menyalahi akal kerana berpuasa pada dua hari Raya tersebut adalah haram menurut ijmak. Dan apa yang diharamkan itu adalah tidak sah untuk bertaqarrub kepada Allah S.W.T.. Dan nazar tidak terlaksana melainkan pada ketaatan. Kerana tujuannya adalah taqarrub kepada Allah S.W.T. dan bagaimana taqarrub kepadaNya dengan perkara yang dibenci dan diharamkan olehNya. Dan ianya menyalahi nas kerana Nabi s.`a.w. melarang berpuasa pada dua hari Raya Fitrah dan Haji.9
12. Ja`fari: Tidak harus bagi orang yang tidak melakukan al-Hadyu berpuasa di hari-hari Tasyriq di Mina.
Syafi`i dan Malik: Harus.9 Oleh itu kedua-duanya menyalahi sabda Nabi s.`a.w. yang melarang berpuasa enam hari, Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, hari-hari Tasyriq dan hari syak.9
Anas b. Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.`a.w. melarang berpuasa lima hari di dalam setahun: Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan tiga hari Tasyriq.9
13. Ja`fari: Orang gila apabila sembuh selepas luput beberapa hari Ramadan, tidak wajib Qada’ ke atasnya.
Abu Hanifah: Wajib Qada’ ke atasnya.9 Oleh itu ianya menyalahi akal kerana taklif diwajibkan dengan akal dan ianya tidak sabit pada orang yang gila. Dan Qada’ adalah tidak wajib bagi orang yang hilang akal. Dan ianya menyalahi sabda Nabi s.`a.w. “Diangkat qalam dari tiga; dari orang gila sehingga dia sembuh”.9
14. Ja`fari: Tidak sah i`tikaf melainkan dengan puasa.
Syafi`i: Sah tanpa berpuasa.9 Oleh itu ianya menyalahi sabda Nabi s.`a.w. “Tidak sah i`tikaf melainkan dengan berpuasa”.9
15. Ja`fari: Apabila suami mengizinkan isterinya atau hambanya untuk melakukan nazar i`tikaf, maka nazarnya terlaksana dan tidak boleh dia menghalangnya.
Abu Hanifah: Dia boleh menghalang hambanya tetapi tidak boleh menghalang isterinya.
Syafi`i: Dia boleh menghalang kedua-duanya.9 Oleh itu kedua-duanya menyalahi akal dan nas. Ianya menyalahi akal kerana ianya menunjukkan haram menghalang seseorang dari melakukan perkara yang wajib. Dan ianya menyalahi nas kerana ianya menunjukkan bahawa melaksanakan nazar yang sahih adalah wajib.9
16. Ja`fari: Apabila seseorang bernazar untuk beri`tikaf pada bulan Ramadan, tetapi tidak melakukanya pada bulan tersebut. Maka dia hendaklah mengqadanya. Dan sekiranya dia menangguh kannya kepada Ramadan yang lain kemudian melakukan i`tikaf, maka ianya memadai.
Abu Hanifah: Dia wajib mengqadanya dan tidak harus dia melakukannya pada Ramadan yang kedua.9 Oleh itu ianya menyalahi akal kerana kedua-dua bulan Ramadan adalah sama.
17. Ja`fari: Apabila seorang itu bernazar untuk beri`tikaf di salah sebuah dari empat masjid, maka wajib ke atasnya melaksanakannya.
Syafi`i: Jika dia bernazar untuk melakukan i`tikaf di masjid Haram, maka dia boleh melaksanaknnya. Jika tidak, dia harus melakukan i`tikaf di mana-mana masjid yang dia mahu.9 Oleh itu ianya menyalahi hadis Mutawatir tentang wajib melaksanakan nazar pada perkara-perkara ta`at.
18. Ja`fari: Orang yang beri`tikaf apabila dia murtad, maka i`tikafnya terbatal.
Syafi`i: Tidak batal.9 Oleh itu ianya menyalahi firmanNya Surah al-Zumar 39:65 “Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan terhapuslah amalanmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang rugi”.
 
Sumber : Buku FIKIH PERBANDINGAN karya Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed